Wednesday 30 September 2015

SAHABAT

Sahabat. Seribu orang kawan belum sama taranya dengan nilai seorang sahabat.
Begitulah ibarat tingginya nilai seorang sahabat. Mencari sahabat sejati umpama mencari mutiara di pasiran. Ia amat berharga tetapi sukar ditemui.
Adakah anda mempunyai sahabat baik? Jika ada, anda patut bersyukur kerana dikurniakan sahabat. Jika anda belum mempunyai sahabat, berusahalah mencarinya.
Ahli bijak pandai pernah menyatakan bahawa “Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak mencari sahabat dan orang yang paling lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang dimilikinya.”
Pernah dengar lagu Sahabat dari Najwa Latif? Hayati liriknya.
Itulah gambaran sikap dan sifat seorang sahabat. Sahabat itu ialah insan yang sentiasa bersama kita sama ada kita suka ataupun duka.
Ketika kita senang, ramai kawan akan berada di samping kita, tetapi apabila dilanda kesusahan di situlah kita dapat melihat seseorang itu benar-benar sahabat kita ataupun sekadar nama.